5 Jenis Video Yang Harus Anda Praktikkan Untuk Meningkatkan Jualan Syarikat

Sekiranya anda meruapkan seorang pemilik bisnes atau founder produk, pastinya anda cukup tahu mengenai cabaran dalam menjalankan perniagaan pada masa kini. Dalam erti kata lain, anda harus menguasai dari segi jualan, pemasaran dan juga khidmat pelanggan dalam menjamin bisnes anda mampu bertahan.

Selain itu, seperkara yang membuatkan para pemilik bisnes sering mengalami masalah adalah lambakan produk atau pesaing yang turut menawarkan produk yang seakan sama. Tidak skira sama anda menajlanakan servis, produk fizikal mahupun digital, penambahan pesaing sedikit sebanyak turut memberi impak kepada bisnes anda. Walaubagaimanapun, anda ternyata masih mempunyai peluang untuk tampil berbeza daripada para pesaing dengan memfokuskan kepada content markenting.

Apa itu content marketing?

Content marketing merujuk kepada sebuah kaedah pemsaran yang memfokuskan kepada perkongsian berbanding penjualan semata-mata. Contohnya, sekiranya anda memasarkan produk untuk mereka yang berminat untuk membina otot atau menguruskan badan, anda sebenarnya boleh membuat content marketing dengan membuat perkongsian tips di gym dan sebagainya agar para pelanggan lebih selesa untuk berurusan dengan anda. Contoh yang sama boleh juga diaplikasikan pada bisnes-bisnes yang lain.

Salah satu cara content marketing adalah terdiri daripada video. Bagi memudahkn anda memahami dengan lebih lanjut mengenai content marketing melibatkan video, kami akan berkongsi kepada anda lima jenis video yang boleh anda praktikkan pada bisnes anda untuk meningkatkan jualan syarikat.

5 jenis video yang mampu meningkatkan jualan syarikat

1. Iklan komersial

meningkatkan jualan syarikat

Iklan komerisial seringkali merujuk kepada iklan disasarkan di media massa. Contoh iklan komersial adalah iklan melibatkan makanan mahupun pencuci baju dimana halatuju iklan lebih straightforward dan menjurus kepada kelebihan produk yang diiklankan.

2. Iklan berbentuk penerangan

Pernahkah anda menonton iklan Trivago? Kami yakin ramai daripada anda pernah menonton iklan Trivago menampilkan Dahlia Shazwan. Iklan ini pada permulaannya menerangkan kepada pengguna mengenai apa itu Trivago dan apa kelebihan berurusan dengan Trivago. Iklan ini lebih memberi penerangan kepada pengguna berbanding menjual secara terus. Iklan jenis penerangan ini lebih sesuai sekiranya produk yang anda tawarkan rumit untuk diketahui ramai sekiranya ditunjukkan secara fizikal semata-mata.

3. Iklan berbentuk cerita

Pernahkah anda menonton iklan planta? Iklan planta merupakan contoh paling mudah untuk menceritakan tentang iklan berbnentuk penceritaan dimana kisah ibu dan si anak yang ke sekolah tanpa menyapu planta pada bekal rotinya. Iklan ini secara tidak langsung menunjukkan betapa tingginya kepentingan produk yang ditampilkan.

4. Iklan berbentuk profesional

Iklan profesional atau korporat yang kami maksudkan merujuk kepada iklan yang mempamerkan kredibiliti syarikat. Contoh bisnes yang menjalankan iklan seperti ini merujuk kepada bisnes melibatkan hardware, tenaga kerja dan sebagainya. Sekiranya anda ingin memasarkan kedai atau bisnes anda kepada pihak atasan, menggunakan iklan jenis ini adalah yang paling sesuai.

5. Iklan berbentuk viral

Sekiranya anda kerap bermain media sosial seperti Facebook, Instagram dan juga Twitter kami yakin anda cukup tahu mengenai iklan berunsur viral dimana ianya dikongsikan oleh orang ramai berikutan ‘keunikannya’. Selain itu, dapat dilihat para peniaga kerapkali menjalankan iklan berbentuk viral untuk mempopularkan mereka seterusnya produk yang ditawarkan.

Walaubagaimanapun, kami kurang mengesyorkan iklan berunsur viral ini kerana tempoh ‘meletup’ produk tersebut cuma seketika dan selalunya tidak bertahan lama. Kadang kala para pemilik juga berkemungkinan mengalami masalah melibatkan kehabisan stok atau tidak mampu menawarkan jumlah stok yang mencukupi berikutan peangan viral.

Berikut merupakan sedikit sebanyak lima jenis iklan atau video yang boleh anda praktikkan pada bisnes anda. Kami yakin pastinya anda sudahpun mempunyai idea awal untuk merangka iklan anda. Buat para pemilik bisnes yang ingin menghasilkan iklan berunsur video, kami turut menawarkannya dengan harga mampu milik.

Dibantu oleh juruvideo profesional beserta kelengkapan studio yang lengkap, Bajiwoa Studio sudahpun cukup berpengalaman dalam menghasilkan iklan seperti yang dinyatakan diatas. Oh ya, penawaran kami turut disertakan dengan model serta make up artis dibawah bimbingan studio kami. Menarik bukan?

Sekiranya anda berminat untuk ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pakej video kami,Anda boleh klik di sini untuk membuat tempahan ataupun membuat pertanyaan terlebih dahulu melalui WhatsApp. Pastinya kami akan cuba brainstorm bersama anda dalam menghasilkan iklan bagi melonjakkan lagi jualan syarikat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.