3 Waktu Studio Fotografi Menjadi Rebutan Ramai

Mungkin ramai yang tidak tahu studio fotografi juga turut mengalami dimana musim yang sibuk dan dibanjiri dengan pelanggan yan ramai. Perkara ini sekaligus mungkin akan membantutkan kerja penyiapan album atau tempahan sesi fotografi yang dimahukan pelanggan.

Bagi membantu anda dalam mendapatkan sesi tempahan fotografi seperti yan diinginkan, kami akan berkongsi kepada anda lima waktu atau musim dimana tempahan fotografi menjadi rebutan ramai.

3 Waktu studio fotografi menjadi rebutan

1. Perayaan

Sudah menjadi lumrah dimana apabila tiba pada hari perayaan, seluruh keluarga serta sanak saudara bakal menggayakan baju melayu dan baju kurung secara sedondon warnanya. Hal ini bukan sahaja menguatkan hubungan kekeluargaan malah bakal membuatkan potret keluarga anda kelihatan lebih menarik.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sudah menjadi trend pada masa kini dimana jemputan ke rumah secara terus turut dibuat para keluarga pada hari raya. Selain itu, terdapat juga keluarga yang sanggup ke studio dalam mendapatkan gambar raya di dalam studio.

Khas buat anda yang menjalankan sesi fotografi di studio Bajiwoa Studio, kami turut menyediakan beberapa prop disertakan dengan kelengkapan kamera yang berkualiti tinggi dalam merakam momen anda dengan lebih baik. Pastinya gambar yang terhasil ini bakal memberi kepuasan buat anda untuk ditatap meskipun sudahpun bertahun lamanya.

2. Graduasi

Bersesuaian dengan hari anugerah buat diri sendiri atau keluarga yang bergraduasi, selalunya para keluarga mahu merakamkan detik ini dengan bergambar. Sama ada di studio mahupun secara outdoor bersama rakan, musim ini sekaligus bakal memperlihatkan para jurugambar bakal sibuk dalam mendapatkan gambar terbaik para graduan.

Selain berlangsungnya hari graduasi, sudah menjadi trend pada masa kini dimana para graduan juga gemar mendapatkan servis fotografi pra graduasi. Berikutan perkara ini sudahpun menjadi trend, para pelajar juga wajar membuat tempahan dengan lebih awal sebelum tarikh yang diinginkan telahpun diambil orang. Anda juga berpeluang berkongsi bersama pihak studio konsep atau lokasi outdoor yang dimahukan sekiranya anda sudahpun mempunyai idea.

3. Musim cuti sekolah

Studio Fotografi Menjadi Rebutan

Musim cuti sekolah mungkin menggembirakan para pelajar yang bersekolah, dalam pada itu musim ini juga berjaya menjadi musim dimana para studio dan jurufoto memperoleh hasil yang lumayan. Mana tidaknya, jumlah pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah khususnya hujung tahun boleh dikatakan agak tinggi.

Sedikit tips buat anda, sekiranya anda bakal melangsungkan perkahwinan anda pada musim cuti sekolah ataupun pada hari yang mempunyai tarikh yang cantik seperti 18/8/18, kami cadangkan untuk anda membuat tempahan dengan lebih awal di pihak studio kerana dikhuatiri tarikh yang diinginkan sudahpun diambil orang. Tidak hanya tempahan bagi fotografi, malah tempahan dewan, pelamin dan sebagainya harus diusahakan dengan lebih awal.

Berikut merupakan lima waktu atau musim dimana studio fotografi menjadi rebutan ramai. Sekiranya anda sudahpun memmpunyai tarikh yang tetap dan rasmi, adalah lebih baik sekiranya anda terus memaklumkan ke pihak studio untuk tempahan segera.

Anda boleh klik di sini untuk membuat tempahan ataupun membuat pertanyaan terlebih dahulu melalui WhatsApp. Anda juga boleh lawati studio kami yang bertempat di Setia Alam untuk pertanyaan lanjut ataupun melihat dengan lebih terperinci hasil kerja kami sebelum memilih Bajiwoa Studio sebagai studio pilihan dalam merakam hari-hari bersejarah anda. Klik di sini untuk mengikuti laman Facebook kami. Kami yakin ini studio yang anda tercari-cari selama ini.

BACA : JAUHI STUDIO TERMURAH INI . AWAS !

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.