Servis Photoshoot Produk Untuk Usahawan Yang Ingin Tingkatkan Jualan

Sekiranya anda merupakan pemilik produk, pastinya anda terfikir cara dan bagaimana untuk meningkatkan jualan produk anda. Baik dari segi pemasaran mahupun secara peningkatan kualiti sesebuah produk. Terkadang strategi pemasran sudahpun mantap namun penggunaan gambar yang kelihatan kurang profesional antara yang membuatkan para pelanggan tidak yakin untuk mendapatkan produk anda. Di sinilah anda perlu mendapatkan servis photoshoot produk dari Bajiwoa Studio.

Setelah kami kami serta berbincang bersama pemilik produk, kami dapati langkah awal di dalam pemasaran sesebuah iklan di atas talian adalah pemilihan gambar yang menarik. Tambahan pula sekiranya anda berniaga produk fizikal melibatkan baju, tudung dan sebagainya, mendapatkan gambar yang jelas dengan warnanya sudah menjadi sebuah kewajipan. Berikut kami ulaskan dengan lebih lanjut mengenai rahsia dalam meningkatkan jualan sesebuah produk

Rahsia Meningkatkan Jualan Produk

Pada kami, rahsia atau mungkin resepi dalam meningkatkan jualan sesebuah produk pada awalnya bergantung kepada cara anda mengiklan produk. Melalui cara anda mempamerkan produk, para pelanggan sudah berjaya tangkap secara awal kualiti serta eksklusif sesebuah produk. Dalam erti kata lain, produk yang berkualiti dan premium haruslah dipamerkan dengan gambar berkualiti tinggi serta menyerlah.

Melalui proses pengambaran di studio, para pemilik produk hanya perlu membawa produk ke studio untuk diambil gambar. Penggunaan kamera DSLR beserta lensa ditambah pula dengan pencahayaan yang cukup pastinya membangkitkan seri produk khusus buat promosi jualan. Oh ya, kami turut akan memberi gambar-gambar yang diambil dalam jumlah yang banyak bagi memudahkan pemilik produk memasarkan produk.

Dengan adanya gambar yang terang, jelas dan menarik perhatian ramai sudah pastinya produk yang diiklankan lebih mudah dijual. Buat para pemilik produk atau igshop, nak promosikan produk di Instagram juga tidak segan. Anda dapat lihat contoh-contoh Instashop yang berjaya, kebanyakan gambar mereka diambil di studio atau diluar studio beserta kelengkapan kamera yang lengkap.

Buat pemilik produk di luar sana, anda juga boleh melakukan perkara yang sama. Di Bajiwoa Studio, kami sentiasa menitikberatkan kepuasan pengguna serta jurugambar kami turut berpengalaman dalam mengambil gambar produk daripada pemilik. Sebelum itu, pastinya anda ingin tahu bukan harga yang ditawarkan daripada studio kami bagi servisj photoshoot produk?

Servis Photoshoot Produk

Menyebut tentang pakej fotografi produk sudah pastinya soal kos antara yang menjadi keutamaan buat para pemilik produk. Mana tidaknya, siapa sahaja yang tidak mahu mendapatkan pakej berbaloi dengan harga yang setimpal. Ditambah pula dengan kualiti yang terbaik. Berikut kami sertakan senarai harga kasar bagi pakej fotografi, vide kahwin dan juga gabungan kedua-duanya yang sering menjadi pilihan utama para pengantin.

Buat anda yang mahu dapatkan pakej fotografi murah namun masih mementingkan kualiti serta elemen yang bakal membuatkan anda tidak jemu untuk throwback berulang kali untuk melihatnya, anda yang berada sekitar Selangor atau Lembah Klang boleh mendapatkannya di Bajiwoa Studio. Tawaran videografer profesional membolehkan anda mendapatkan scene atau shot seperti yang diinginkan.

Selain itu, kami turut menawarkan khidmat nasihat tentang bagaimana angle terbaik untuk shoot produk anda sendiri. Best kan servis photoshoot produk dari Bajiwoa Studio?

Anda boleh klik di sini untuk membuat tempahan ataupun melihat profile kami terlebih dahulu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.