Profesional Studio Photoshoot Untuk Penduduk Lembah Klang Sahaja

Sebut sahaja tentang professional profesional studio photoshoot mungkin ada membayangkan diri anda lagak bagai seorang artis dengan mendapatkan pelbagai jenis gambar melalui pilihan pose yang pelbagai.

Walau bagaimanapun, stereotype seperti ini pastinya tidak lagi pada hari apabila beberapa pihak studio telah mula menawarkan servis ini buat orang ramai.

Ya, mungkin ramai yang tidak servis ini tidak lagi tertakluk buat golongan artis atau popular sahaja malah sudah menjadi kebiasaan orang ramai mendapatkan servis ini. Seperti namanya, servis ini membolehkan jurugambar profesional mendapatkan gambar anda secara potret mahupun keluarga di studio beserta kelengkapan yang lengkap.

Dalam erti kata lain, pakej photoshoot anda bakal turut dilengkapkan dengan lampu terang daripada studio, kamera beserta lensa profesional serta beberapa aksesori lain.

Apa itu Profesional Studio Photoshoot

Buat anda yang belum pernah menghadiri mana-mana profesional studio photoshoot pastinya anda tertanya bagaimana proses dan sebagainya. Secara asasnya, kami di Bajiwoa Studio menawarkan pakej profesional studio photoshoot melalui walk-in dan juga melalui temu janji. Dengan pembukaan 7 hari seminggu, anda berpeluang melawati kami di studio bermula daripada pagi sehinggalah waktu petang.

Bagi memudahkan urusan anda serta kelangsungan masa kami, adalah lebih baik sekiranya anda membuat temujanji terlebih dahulu. Seringkali, pelanggan kami lebih selesa menyatakan pakej atau apa yang dimahukan sewaktu profesional studio photoshoot.

Sekiranya anda hanya cuma menggayakan sebuah pakaian, adalah lebih mudah sekiranya anda memakai pakaian tersebut sewaktu kehadiran untuk mempercepatkan proses photoshoot. Walaubagaimanapun, sekiranya anda membawa pelbagai busana seperti shooting konsep Hari Raya dan sebagainya, kami turut menyediakan bilik persalinan dimana anda boleh menukar pakaian anda.

Buat anda yang belum pernah untuk ke profesional studio photoshoot kemungkinan anda sedikit kaku apabila bila berhadapan dengan kamera. Tidak mengapa kerana ianya merupakan kebiasaan buat mereka yang pertama kali menjejak kaki ke studio. Dalam pada itu, sekiranya anda ingin menampakkan seolah gambar anda lebih lively dan tidak kaku, anda boleh layari ke laman YouTube untuk mempelajari teknik pose mudah sama ada secara sendiri atau bersama pasangan.

Harga penuh bagi profesional studio photoshoot

Profesional Studio Photoshoot

Untuk pengetahuan anda, apa yang membezakan profesional studio photoshoot terdahulu dengan sekarang adalah lambakan studio yang tersedia. Dalam erti kata lain, dengan peningkatan persaingan serta kelengkapan, lebih banyak studio yang menawarkan harga yang kompetitif bagi pakej studio photoshoot. Di Bajiwoa Studio, kami menawarkan tiga pilihan buat anda bagi membolehkan anda memilih pakej yang sesuai dengan budget serta kemahuan anda. Anda boleh lihat gambar diatas untuk mengetahui dengan lebih lanjut pakej yang ditawarkan.

Pakej pertama yang kami tawarkan khusus buat mereka yang mahukan pakej photoshoot studio budget adalah basic photoshoot. melalui pakej ini anda berpeluang secara seorang iaitu potret atau sehingga lima orang dengan satu harga yang sama. Jumlah waktu yang ditawarkan melalui pakej ini adalah selama satu jam. Pada kami sekiranya anda sudahpun bersedia baik dari segi pakaian mahupun pose, semuanya akan cukup dalam jangka masa yang ditetapkan. Kami juga akan memberikan lima gambar terbaik yang disunting semula bagi memberikan efek yang lebih baik.

Selain itu, pihak studio turut menawarkan kesemua gambar yang diambil. Sesuai buat anda yang mahu memuat naik gambar di Instagram mahupun Facebook, kami turut menawarkan perkhidmatan instant transfer dimana kesemua gambar anda akan terus diberikan kepada anda. Oh ya, kesemua perkhidmatan yang kami sebutkan ini boleh didapatkan dengan harga RM150 sahaja. Berbaloi bukan?

Khusus buat anda yang mempunyai family besar atau mahu dapatkan gambar bersama rakan-rakan, kami turut menawarkan sebuah lagi pakej RM750 dimana kami sendiri akan ke rumah anda untuk sesi photoshoot. Melalui pakej premium ini, kami akan meluangkan masa sehingga 3 jam untuk mendapatkan gambar terbaik keluarga anda. Bagi mendapatkan kesempurnaan di setiap foto yang diambil, jurugambar profesional kami bakal turut ditemani dengan pembantu beserta kelengkapan yang lengkap bagi membolehkan anda mendapatkan gambar seolah berada di studio.

Buat anda yang mahukan gambar keluarga dibentangkan di canvas, anda boleh dapatkannya dengan harga RM70 sahaja. Pastinya ini pelaburan berbaloi buat anda yang sudah lama tidak mempunyai potret gambar keluarga.

Anda boleh klik di sini untuk hubungi dengan lebih lanjut kepada pihak studio mengenai tarikh dan waktu yang anda mahukan. Pihak studio akan pastinya akan membantu anda mendapatkan gambar dengan konsep yang diingini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FOLLOW ME

SOCIAL

Watch Our Video Or Contact Us Now

Scroll to Top