Kenapa Profesional Studio Photography Kenakan Cas Yang Buatkan Anda Rasa Geram

Seringkali apabila kita berminat untuk mendapatkan pakej perkhidmatan photoshoot atau video di studio, harga yang ditawarkan bakal membuatkan anda berfikir dua kali. Mana tidaknya, penawaran harga yang premium antara yang membatas pengguna individu mahupun syarikat untuk terus mengambil servis yang ditawarkan.

Masalah yang berlaku ini secara tidak langsung bukan sahaja merugikan pihak pengguna, malah pihak studio juga turut mengalami kesan yang sama. Sebagai individu yang pernah berkhidmat di dalam pihak studio, pada kali ini kami ingin berkongsi kepada anda mengapa servis-servis yang ditawarkan di pihak studio ini sebenarnya agak berbaloi berdasarkan servis yang ditawarkan.

3 Sebab Profesional Studio Photography kenakan cas yang tinggi

1. Penggunaan kelengkapan yang maksimum

Kata orang, alang-alang mendapatkan servis fotografi pastikan dapat yang terbaik. Hal ini kerana gambar atau video yang dihasilkan bakal digunakan berulang-ulang kali. Tambah pula, sekiranya servis melibatkan photoshoot produk dimana hasil yang diambil daripada studio bakal digunakan untuk menghasilkan iklan yang ditujukan kepada orang ramai secara berulang. Lain pula ceritanya dengan servis photoshoot potret famili dimana kenangan yang diambil ini pastinya akan dilihat kembali meskipun sudah bertahun lamanya lebih-lebih lagi buat mereka abdikan potret keluarga di dalam rumah.

Oleh yang demikian dalam usaha untuk menawarkan yang terbaik buat para pelanggan, kami sentiasa mentikberatkan soal kelengkapan yang digunakan dan disediakan di studio kami. Bermula dengan penggunaan kamera DSLR beserta kit lens yang berkualiti tinggi, penggunaan lightning yang mencukupi serta prop-prop yang lain yang mungkin dapat membantu para pelanggan pose dengan lebih baik agar tidak kelihatan canggung. Selain itu, kami turut menyediakan beberapa pakaian atau wardrobe mini di studio kami khusus buat para pelanggan yang berminat untuk menggayakan pakaian yang tersedia untuk sesi photoshoot.

2. Jurugambar yang profesional

Kami kurang pasti mengenai jurugambar daripada pihak studio yang lain, namun kami di Bajiwoa Studio sentiasa mementingkan kualiti gambar dan video yang diambil. Oleh yang demikian, hanya jurugambar dan videografer yang berpengalaman sahaja yang dipilih dalam menjayakan projek bersama klien dalam usaha untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Salah seorang jurugambar profesional kami pastinya Encik Aziz yang sudahpun hampir sedekad di dalam industri photoshoot ini.

Selain itu, jurugambar yang profesional juga bakal membantu anda dapat mendapatkan hasil yang terbaik. Tidak kira sama ada untuk photoshoot produk mahupun photoshoot wedding, bantuan dalam memberi idea pastinya membuatkan gambar anda tampil lebih menarik. Pastinya idea-idea ini didatangkan bersama pengalaman yang lama sepanjang menjalankan tugas sebagai jurugambar profesional. Selain daripada menawarkan pakej melibatkan di dalam studio, kami juga turut menawarkan pakej di luar studio khususnya pakej melibatkan hari perkahwinan, pertunangan dan pelbagai lagi. Pakej melibatkan outdoor ini antara yang termasuk di dalam harga pakej melibatkan kawasan Lembah Klang dan Selangor.

3. Jadual yang padat

Kadangkali jurugambar dan pihak studio juga turut melalui masa dimana jadual menjadi padat. Hal ini kerana faktor musim cuti sekolah dimana orang ramai lebih selesa untuk melangsungkan hari pernikahan dan perkahwinan. Tarikh yang menarik seperti tarikh 18/8/18 juga antara yang membuatkan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan memilih tarikh yang cantik ini. Hasilnya, pihak studio tidak mampu melayani kesemuanya. Selain itu, dalam usaha untuk memegang janji terhadap klien, kami sering menapis jumlah klien yang diterima agar tarikh yang dijanjikan album siap kesemuanya dapat diselesaikan dengan jayanya.

Profesional Studio Photography

Buat anda yang berada sekitar Setia Alam. Kami menawarkan promosi khas buat anda yang mendapatkan pakej fotografi di Bajiwoa Studio. Menawarkan seleksi pakej bermula pakej basic sehingga pakej premium, para pengguna berpeluang memilih pakej serta pilihan fotografi yang dimahukan yang terdiri daripada fotografi produk, family potret mahupun wedding photoshoot.

Anda memudahkan anda, kami turut menyertakan alamat kami iaitu Level 3, No 21, Jalan Setia Perdana BD U13/BD, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor. Buat anda yang memiliki telefon pintar anda boleh search ‘Bajiwoa Studio’ pada aplikasi Waze untuk memudahkan anda sampai di studio.

Anda boleh klik di sini untuk membuat tempahan ataupun membuat pertanyaan terlebih dahulu melalui WhatsApp. Anda juga boleh lawati studio kami yang bertempat di Setia Alam untuk pertanyaan lanjut ataupun melihat dengan lebih terperinci hasil kerja kami sebelum memilih Bajiwoa Studio. Klik di sini untuk mengikuti laman Facebook kami. Kami yakin pelaburan gambar profesional buat produk ini bakal menjadi pelaburan terbaik buat bisnes anda sebelum mengiklankan produk ke tahap yang lebih jauh.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.