Photoshoot Family

5 Perkara Penting Untuk Photoshoot Family Yang Sempurna Di Hari Raya

Setiap tahun kami dikunjungi oleh ratusan pelanggan yang ingin mengadakan photoshoot family terutama photoshoo untuk hari raya. Ada yang bawa 10 orang, ada yang bawa 7 orang, ada yang bertiga sahaja.

Apa pun, terima kasih sudi berkunjung ke Bajiwoa Studio.

Ada beberapa persediaan yang perlu anda faham jika mahu photoshoot bersama keluarga.

Photoshoot Family

#1- Pastikan Semua Ahli Keluarga Bersedia

Menjelang sesi photoshoot kesilapan ramai orang adalah menunggu ahli keluarganya dahulu baru photoshoot. Walhal apa yang boleh dilakukan sebenarnya mulakan sesi dengan mana mana ahli keluarga yang ada atau kumpulkan kesemuanya sebelum sesi bermula.

#2- Dapatkan Nasihat Dari Photographer

Photographer merupakan orang yang bertanggungjawab memastikan foto anda cantik, dan menepati citarasa. Jika tidak tahu posing dan sebagainya, jangan risau photographer pasti membantu anda. Tenang !

#3- Tepati Masa Sesi Fotografi

Kebiasaannya studio mempunyai jadual sesi fotografi mereka. Bayangkan dalam sehari mungkin mereka ada 3-4 fotografi. Jika anda sampai lewat pastinya akan mengganggu slot orang lain. Majoriti yang kami temui merakamkan perasaan tidak puas hati berikutan sikap acuh tak acuh dari mereka. Kasihanilah orang lain yang menempah slot fotografi di situ.

#4- Semak semula barang anda jika tertinggal

Kebanyakkan studio menjadi tempat tinggalan barang orang ramai. Biasanya tudung, baju dan lain lain. Seperti pergi meninggalkan sesi fotografi, check jika ada tertinggal apa apa. Jangan salahkan studio pula jika hilang nanti.

#5- Tempah awal takut takut penuh

Jika anda perlukan studio, tempahlah seawal mungkin dan tidak digalakkan walk-in kerana dikhuatiri tiada kekosongan. Ramai juga yang bertanya kepada kami rate photoshoot di studio, harga kami serendah Rm170/hour sahaja. Ada yang mengadu mahal, bayangkan dalam masa sejam anda boleh dapat dalam 200 foto untuk diabadikan sebagai kenangan.

photoshoot family


Apalah nilai RM170 nak dibandingkan dengan nilai sentimental yang anda bakal terima iaitu foto photoshoot keluarga yang cantik dan pastinya bermakna. Jika tuan puan berminat untuk book, boleh terus klik di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FOLLOW ME

SOCIAL

Watch Our Video Or Contact Us Now

Scroll to Top