pakej photoshoot produk

Mengapa SME Wajib Dapatkan Pakej Photoshoot Produk

Sekiranya anda membaca artikel mengenai Pakej Photoshoot Produk ini kemungkinan besar anda merupakan seorang peniaga, founder kepada sesebuah produk atau berminat dengan penghasilan produk. SME atau nama penuhnya Small Medium Enterprise dimana produk ini dihasilkan secara skala kecil atau sederhana oleh pengeluar produk atau sesebuah syarikat.

Rangkaian produk yang dikeluarkan boleh dikatakan terdiri daripada apa sahaja melibatkan produk kosmetik, sabun, pakaian, mesin dan pelbagai barangan lagi.

Dalam pada itu, melihat kepada trend semasa melalui jumlah permintaan, produk kosmetik dan pakaian melibatkan busana lengkap, tudung serta shawl antara yang semakin mendapat tempat di hati pengguna. Lihat sahaja di Instagram, dimana produk fizikal berjaya ditawarkan dengan baik. Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapakah sesebuah produk perlu dibawa ke studio untuk tujuan ambil gambar? Bagi memberi penjelasan akan menerangkan kepada anda mengapa founder produk atau produk SME perlu dibawa ke studio bagi tujuan photoshoot.

Ada apa dalam Pakej photoshoot produk SME

pakej photoshoot sme

Photoshoot produk merujuk kepada proses dimana para jurugambar akan mengambil gambar produk sebanyak yang boleh mengikut kreativiti. Sekiranya produk tersebut merupakan produk fizikal mungkin produk tersebut bakal diambil secara terus dibantu oleh pencahayaan daripada studio.

Jika produk tersebut merupakan baju atau busana, produk tersebut bakal digayakan oleh model yang dibawa. Para jurugambar akan membantu para model dalam menggayakan busana yang dibawa bagi menghasilkan gambar yang bakal menarik perhatian prospek. Apa yang membezakan mengambil gambar secara terus berbanding ambil gambar di studio adalah mengambil gambar di studio adalah penggunaan kelengkapan kamera yang cukup. Bermula daripada kamera, lensa serta pencahayaan daripada flash dan sebagainya.

Tambahan pula kini dengan lambakan penjualan serum serta produk untuk para lelaki, sudah pastinya pemilihan gambar yang sesuai antara yang terpenting. Bukan itu sahaja, jurugambar kami juga berkemahiran dalam suntingan gambar dalam menawarkan gambar seperti yang diinginkan. Katakan sahaja mahukan produk kelihatan cerah, gelap dan sebagainya, semuanya bakal diurus oleh para jurugambar kami.

Selain daripada produk kecantikan, baju, shawl tidak ada salahnya sekiranya pemilik produk makanan mencuba untuk mengambil di studio. Selalunya, produk makanan kering lebih sesuai diambil di studio contohnya kerepek, cookies atau mungkin biskut raya.

Harga photoshoot produk

photoshoot produk murah

Menerusi pakej photoshoot yang ditawarkan kami menawarkan dua pakej atau pilihan buat para pemilik produk. Sama ada anda mahu gayakan produk bersama model atau mengambil produk secara standalone, semuanya boleh diurus oleh para jurugambar kami. Kami memilih konsep flatlay bagi produk yang diambil bagi memperlihatkan produk dengan lebih jelas, menarik serta moden. Sesuai sangat buat mereka yang menawarkan produk di Instagram.

Harga yang ditawarkan di Bajiwoa Studio semuanya berpatutan. Dalam erti kata lain anda akan menerima kualiti terbaik sesuai dengan harga yang dilaburkan. Mungkin agak subjektif, namun untuk mendapatkan pendedahan lanjut mengenai harga bagi photoshoot produk, anda boleh klik di sini untuk pertanyaan melalui WhatsApp atau membuat temujanji. Jumlah masa yang dilaburkan pada produk antara yang diambil kira beserta kelangsungan masa jurufoto kami. Berikut kami sertakan portfolio serta gambar yang diambil daripada studio kami yang mengandungi model dan tidak mempunyai model.

Pakej photoshoot produk SME

Oh ya, kami turut menawarkan pakej model dengan harga tambahan serendah RM170 sahaja. Makeup artis turut ditawarkan pada harga RM250 bagi meningkatkan lagi seri model yang dibawa anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai konsep yang ingin anda ketengahkan anda boleh terus hubungi kami di sini.

Bagi memudahkan anda mendapatkan khidmat pakej photoshoot, studio kami dibuka setiap hari daripada pagi sehingga petang. Pastinya tiada alasan untuk anda mendapatkan gambar terbaik bagi product anda dalam usaha untuk meningkatkan jualan produk anda. Akan tetapi jangan lupa untuk lihat portfolio kami terlebih dahulu.

BACA : PEMILIK BUSINESS PAKAIAN HARUS BACA ARTIKEL INI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FOLLOW ME

SOCIAL

Watch Our Video Or Contact Us Now

Scroll to Top