Pakej Gambar Konvo Di Studio Kami Sering Menjadi Kegemaran Bakal Graduan

Hari graduasi sememangnya sinonim dengan hari kemenangan buat para graduan. Selepas bertahun-tahun berhempas pulas memerah otak bagi mendapatkan segulung ijazah, akhirnya hari yang dinantikan telahpun tiba. Selain daripada ijazah yang diterima, hari ini juga menjadi sangat sinonim buat para graduan dalam membalas jasa ibubapa setelah lebih dua dekad membesarkan mereka sehingga berpeluang menghabiskan pembelajaran di menara gading.

Buat anda yang sering mengikuti perkembangan semasa dan trend graduasi kini, kami yakin anda cukup tahu dengan pakej gambar konvo yang sering menjadi pilihan graduan ketika ini. Penawaran gambar yang berkualiti tinggi di hari graduasi pastinya membuatkan memori yang tercipta dapat disimpan dengan gambar. Begitu juga dengan studio kami yang bertempat di Setia Alam yang menjadi pilihan para graduan untuk merakam memori indah mereka.

Pakej gambar konvo unik dan special

Mungkin anda tertanya-tanya apakah yang membuatkan para pelajar memilih Bajiwoa Studio sebagai pilihan selain daripada harganya yang berbaloi dan hasil berkualiti tinggi. Bersesuaian dengan hari yang penuh memori dan ingati buat para graduan, kami sering mementingkan detik indah dimana kami menawarkan convocation photoshoot package seawal sebelum hari graduasi atau lebih dikenali sebagai gambar pre konvo. Berikut merupakan beberapa sebab mengapa para pelajar sering memilih Bajiwoa Studio sebagai pilihan.

1. Kami tidak jemu dengan gaya candid anda

pakej gambar konvo

Apa yang membuatkan pre konvo menarik adalah para graduan mempunyai jumlah masa yang lama berbanding hari graduasi yang penuh dengan orang ramai untuk mengambil gambar. Oh ya, antara yang menjadi favourite para pelanggan kami sudah pastinya pilihan gambar candid yang mana berjaya menawarkan memori buat para graduan. Tambahan pula buat mereka yang sudah mempunyai pasangan, boleh sahaja digandingkan bersama. Tampak lebih sweet gitu.

2. Outdoor photoshoot

pakej gambar konvo

Selain itu, pre konvo membolehkan para graduan bersama jurugambar profesional daripada studio menjalankan outdoor photoshoot konvo dimana ianya boleh sahaja dilakukan di mana kawasan-kawasan yang dipilih ataupun bersesuaian. Selalunya, kawasan yang cantik atau yang penuh dengan memori oleh para graduan antara yang menjadi pilihan. Sekiranya anda sudah mempunyai bayangan tempat untuk dipilih, mungkin anda boleh memberitahu kepada pihak studio kami untuk memudahkan proses pengambaran.

3. ‘Pasangan’ bersama

pakej gambar konvo
Sumber: Johnny Jaquez Photography

Tidak hanya menawarkan pakej fotografi buat mereka yang bakal bergraduasi, anda juga boleh menjalankan sesi fotografi ini bersama rakan baik, pasangan atau mungkin keluarga anda. Alangkah indahnya sekiranya anda juga dapat merakam detik indah seperti pasangan lain yang sering viral di Facebook untuk bergambar bersama encik suami dengan memakai jubah graduasi. Manis bukan?

Dalam pada itu, dinasihatkan jumlah yang dibawa tidaklah terlalu ramai kerana dikhuatiri sesi fotografi tidak dapat berjalan di dalam masa yang ditetapkan berikutan penyusunan individu yang ramai di dalam gambar.

Khas buat anda yang berada sekitar Setia Alam atau  sedang mencari photo studio anda boleh lawati kami Bajiwoa Studio yang berada di Level 3, No 21, Jalan Setia Perdana BD U13/BD, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor. Kami turut menawarkan tempahan secara atas talian dimana anda boleh klik di sini untuk memberitahu tarikh jadual graduasi anda kepada pihak studio.

Sekiranya anda atau kenalan anda bakal bergraduasi tidak lama lagi, mungkin photographer untuk konvo antara yang anda perlukan untuk merakam detik bersejarah di dalam hidup anda sebelum melangkah ke peringkat seterusnya. Lebih-lebih lagi, gambar yang diambil ini juga bakal menjadi saksi bersama pasangan atau rakan-rakan anda sebelum masing-masing memilih haluan yang berbeza.

Kami yakin pelaburan yang dibuat pastinya berbaloi apabila memikirkan bila lagi masa untuk bertemu kembali bersama rakan baik anda.

Untuk tempahan pakej gambar konvo, anda boleh terus klik di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.