3 Sebab Ramai Menyesal Tidak Pernah Mencuba ‘Newborn Photoshoot’

Seringkali kita mendengar mereka yang sudah mempunyai anak atau cucu rindukan saat bayi mereka masih kecil. Kesibukan bekerja ditambah dengan pelbagai bebanan seolah membuatkan kita lupa dengan tumbesaran anak. Kami yakin anda juga pernah melalui situasi yang sama dimana secara tanpa sedar bayi yang dulunya dilihat masih bayi sudahpun bakal menginjak ke alam persekolahan tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun kami faham semuanya sudah menjadi lumrah. Apa yang menyedihkan adalah tiadanya memori atau gambar atau video yang memaparkan tumbesaran anak-anak setiap tahun sehinggalah kini. Perubahan muka anak-anak yang sangat drastik pada enam tahun pertama haruslah disimpan untuk dijadikan tatapan kelak.

Sebagai usaha untuk memberikan yang terbaik buat anak anda, kini anda berpeluang untuk mencuba servis newborn photoshoot dimana servis ini akan mula mengambil gambar anda bermula pada beberapa bulan awal sehinggalah kepada 3 tahun kebawah. Kami yakin, anda mungkin tertanya-tanya dengan kehadiran telefon pintar yang serba cangggih ini adakah servis newborn photoshoot masih releven? Berikut merupakan tiga sebab mengapa anda perlu mendapatkan servis ini meskipun cuma sekali buat seumur hidup bayi anda.

1. Peluang sekali seumur hidup

Saat mula mendapat bayi, kami yakin setiap ibubapa pastinya sudah berjanji untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Bukan sahaja dari segi kasih sayang dan sebagainya, malah saat bersama juga jika boleh ingin dipanjangkan setiap hari. Melihat mereka membesar pastinya merupakan satu kepuasan meskipun secara tanpa sedar anak yang dulunya kecil kini sudahpun mampu berlari sendiri tanpa perlu bantuan anda.

Sekiranya anda bayi anda masih kecil atau bakal menyambut bayi tidak lama lagi, luangkanlah masa anda untuk ke studio bagi mendapatkan newborn photoshoot. Servis ini membolehkan anak anda dihiaskan dengan beberapa tema yang bersesuaian serta digandingkan bersama backgroud yang menarik untuk mendapatkan gambar bayi anak anda yang terbaik. Nak lagi best? Anda juga boleh hiaskan gambar dengan saiz yang besar beserta bingkai yang menarik perhatian untuk diletakkan di ruangan rumah anda. Pasti orang yang mengunjung ke rumah anda bakal teruja dan terhibur melihat gelagat dan gaya bayi anda melalui gambar yang dipaparkan.

2. Diambil oleh jurugambar profesional

Newborn Photoshoot

Kami faham, dengan zaman teknologi yang serba canggih ini ramai yang sudah menggunakan telefon pintar untuk mengambil gambar anak anda. Kami juga begitu. Dalam pada itu, terkadang timbul juga perasaan teringin untuk mempunyai sebuah album fizikal khas gambar bayi sewaktu kecil. Dipadankan pula dengan backgroud yang mempunyai pencahayaan yang cukup serta diambil oleh jurugambar yang profesional, pastinya ianya akan menjadi suatu memori yang sangat berharga pada masa akan datang.

3. Harga yang berbaloi

Ramai yang menyangka mengambil gambar bayi menelan kos belanja yang mahal. Melihat kepada semua barangan bayi yang mahal, tidak mustahil photoshot seorang bayi yang kerap tidur juga bakal menelan kos yang besar. Tidak dinafikan, mengambil bayi sememangnya memerlukan seorang photographer yang sabar dan mahir untuk mendapatakan perfect shot gambar bayi dalam posisi tercomel. Pemilihan studio yang betul dengan photographer yang berkemahiran juga antara yang membuatkan ‘pelaburan’ memori anda berbaloi.

Kami ada satu rahsia ingin dibongkarkan buat anda semua. Buat anda yang berminat untuk mendapatkan servis newborn photoshoot, anda boleh terjah ke Bajiwoa Studio untuk mendapatkan servis yang terbaik daripada photographer profesional kami. Soal harga anda tidak perlu risau memandangkan kami sentiasa mementingkan soal kualiti berbanding harga yang ditawarkan. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kami.

Kami yakin anda akan berpuas hati apabila melihat kembali gambar yang diambil sewaktu anak anda sedang kecil selepas beberapa tahun berlalu. Meskipun memori kita masih kuat untuk mengingat kembali wajah anak kita sewaktu lahir namun perubahan mukanya antara dirindui.

Gunakan peluang ini untuk menunjukkan kepada anak anda kembali wajahnya sewaktu kecil dahulu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FOLLOW ME

SOCIAL

Watch Our Video Or Contact Us Now

Scroll to Top