Apa Yang Anda Boleh Buat Dengan RM2000 Untuk Lonjakkan Jualan Produk

Sekiranya anda di dalam fasa perniagaan startup atau perniagaan sederhana kecil, pastinya anda cukup berhati-hati dalam mengeluarkan budget pemasaran. Kami juga pernah melalui perkara yang sama dimana setiap kos di dalam perkembangan syarikat diambil kira dalam mendapatkan hasil yang terbaik dalam masa yang singkat baik dari segi overhead, pemasaran dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu, satu perkara yang kami sering beri perhatian dalam usaha untuk melariskan dan mempopularkan bisnes kami adalah dari segi pemasaran. Mungkin ramai yang tidak tahu pelaburan dari segi pemasaran sangat membantu dalam meningkatkan jualan produk anda. Sebelum anda memasarkan produk anda, pastikan anda terlebih dahulu mempunyai bahan untuk dipasarkan khususnya melalui penjualan online dalam usaha untuk menarik perhatian orang ramai mendapatkan produk anda. Berikut kami sediakan strategi yang boleh anda jadikan panduan dengan pelaburan serendah RM2000 sahaja untuk memasarkan produk anda.

4 Cara untuk lonjakkan jualan produk

1. Model influencer

Sebelum membuat pemasaran sudah pastinya anda memerlukan iklan yang membuat penonton teruja. Salah satu cara termudah dalam menghasilkan iklan yang efektif adalah dengan menggunakan model influencer. Model yang berpengaruh ini bukan sahaja mempunyai rupa paras yang cantik, malah mampu menerangkan produk anda dengan lebih jelas dan mudah untuk tontonan para pembeli.

Mengetahui harga yang dikenakan model-model mahupun Instafamous diluar sana, pastinya RM1,500 kelihatan tidak mencukupi namun kami di Bajiwoa Studio dengan kolaborasi bersama beberapa model terkemuka kami menawarkan nya dengan harga yang sama.

2. Make up artis

Model influencer sudah ada, sudah pastinya anda memerlukan make up artis untuk menambah seri pada model iklan anda. Untuk pengetahuan anda, harga yang dikhaskan bagi makeup artis atau sering dipanggil dengan singkatan MUA pada masa kini adalah sekitar RM200 sehingga RM300. Walaubagaimanapun, berbekalkan make up artis yang tersedia di studio, kami turut menawarkannya dibawah satu harga.

3. Photoshoot

Apabila membincangkan soal iklan sudah pastinya photoshoot merupakan aspek terpenting. Dalam usaha untuk mendapatkan gambar yang terbaik, kami telah menyertakan jurufoto berpengalaman untuk menjalankan kempen pemasaran anda. Berdasarkan pengalaman yang ada pada jurufoto dibantu pula dengan kelengkapan kamera, lens serta lightning studio yang mantap, kami yakin bahan pemasaran sama adam melibatkan gambar mahupun gambar produk bakal tampil lebih menarik.

4. Editing photo

Selesai sesi photoshoot tibalah masanya kepada fasa terakhir di dalam tawaran pakej kami iaitu photo editing. Melalui sesi photo editing, kami turut terbuka dengan idea daripada pihak anda untuk mengubahsuai gambar atau mengikut konsep yang sudah lama bayangkan. Oh ya, seringkali kami akan brainstorm idea bersama founder atau pemilik produk sebelum menjalankan sesi photoshoot agar semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan. Berikut kami sertakan apa yang boleh dapatkan dengan harga pelaburan RM2000. Kami yakin hanya dengan sekali bayaran ini, anda mampu menggunakan iklan anda berulang kami untuk dipasarkan melalui platform pemasaran yang berbeza.

Lokasi Bajiwoa Studio

Untuk pengetahuan anda, Bajiwoa Studio terletak di kawasan pembangunan Setia Alam iaitu Serie A 88 Business Centre Setia Alam, Shah Alam Selangor. Dianggarkan mengambil sekitar 15-25 minit sahaja jika dari bandar Shah Alam atau Klang. Jika tuan puan biasa ke Restoran Sahara yang terkenal dengan kambing bakar, studio kami terletak tidak jauh di sana.

Anda boleh klik di sini untuk membuat tempahan ataupun membuat pertanyaan terlebih dahulu melalui WhatsApp. Kami yakin anda juga mempunyai pertanyaan lanjut tentang bagaimana kami mampu merangka pemasaran dan sesi pakej photoshoot yang terbaik buat anda bukan? Anda juga boleh lawati studio kami yang bertempat di Setia Alam untuk pertanyaan lanjut ataupun melihat dengan lebih terperinci portfolio hasil kerja kami sebelum memilih Bajiwoa Studio sebagai ‘rakan media’ di syarikat anda. Klik di sini untuk mengikuti laman Facebook kami. Kami yakin ini studio yang anda tercari-cari selama ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.