4 ISU PENTING BILA MEMILIH PHOTO STUDIO YANG MUNGKIN TERLEPAS PANDANG

[PENTING] ANDA WAJIB BACA JIKA SEDANG MENCARI PHOTO STUDIO.

Bagi Warga Kuala Lumpur atau Selangor terutama Klang Valley, ramai dah biasa shoot di photo studio. Ada yang beranggapan perkhidmatan professional photo studio hanya untuk bangsawan, selebriti dan sebagainya walhal studio sebenarnya untuk semua tanpa kira bangsa dan umur.

Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai studio photography, cuba fikir apa sebenarnya aspek penting dalam memilih studio photoshoot. Menurut pendapat kami, ada (3) aspek penting yang patut diutamakan iaitu :

  1. Harga / Rate Studio
  2. Quality Photo
  3. Pengalaman Photographer

Harga/Rate Photoshoot Studio

Sebenarnya rate photo studio atau photographer lebih kurang sahaja. Jika di studio, biasanya rate dalam RM150- RM250 untuk sejam. Manakala untuk outdoor, rate nya mungkin Rm250 ke atas.

Ada sesetangah photo studio yang cas client berdasarkan SKU (selling unit item). Setiap studio berlainan harganya, jangan pula anda Tanya kenapa “Studio foto A lagi murah, studio B mahal.” Bergantung atas lokasi dan kelengkapan mereka juga.

Jangan pula kita ambil service dari studio yang lighting tak cukup, bayar murah kemudian bising kenapa gambar yang kita dapat tak berapa cun. Sebaiknya alang alang nak shoot carilah yang professional dan lengkap dengan photo equipment.

photo studio

Kualiti & Pengalaman Photographer

Selain melihat harga, antara perkara yang anda perlu utamakan adalah quality dan pengalaman. Kebiasaannya, photographer hendaklah menunjukkan portfolio studio dan syarikat yang pernah mereka kendalikan. Jika studio tersebut biasa mengendalikan client besar, menjadi lebih mudah untuk anda berurusan berbanding photographer yang tidak mempunyai portfolio yang kukuh.

Sebagai contoh, Bajiwoa Studio pernah mengendalikan pelanggan korporat iaitu Lazada, Commerce Asia, Sugarbelle dan lain lain. Apabila syarikat lain menghubungi kami, ianya lebih mudah dan terurus kerana Bajiwoa Studio sudah biasa dan faham dengan kehendak pelanggan.

Jadi (3) perkara ini harus anda semak dan apabila sudah membuat keputusan, fikiran sejenak, photoshoot jenis apa yang anda mahukan dari studio. Kami terangkan kepada anda (4) jenis photoshoot yang bagus untuk bisnes semua berdasarkan sedikit pengalaman kami.

Photoshoot Portrait Family

Setiap kali musim perayaan, terlalu banyak panggilan untuk shoot family terutamanya waktu Raya. Adakalanya sehari sampai 10 keluarga yang datang untuk shoot dan kebiasaannya mereka ingin print dan letakkan frame di kediaman masing masing.

Untuk shoot family, biasanya kami sarankan untuk gunakan standard colour backdrop iaitu kelabu dan pada masa yang sama pose mereka akan dinasihatkan oleh photographer yang bertugas.

Jadi jangalah gusar kalau anda tak pernah ke studio. Photographer akan membantu anda A-Z. Yang penting jangan malu bertanya sahaja, mereka akan jalankan tugas sebaik mungkin demi kepuasan pelanggan.

Ini adalah contoh bagaimana family photoshoot di Bajiwoa Studio.

photoshoot family

photoshoot family

Photoshoot Konvo

Biasanya menjelang saja musim konvokesyen, semua graduan akan mencari studio untuk photoshoot konvokesyen. Selalu yang kami terima dari Shah Alam, Klang dan ada yang dari Kuala Lumpur. Menurut mereka, mereka mahu studio yang lebih privasi dan tak ramai pengunjung. Tak dinafikan, ada sahaja booth photoshoot konvo yang terdekat, tetapi padat, susah nak cari parking dan lain lain alasan.

Jadi tidak salah untuk mereka mencari photo studio yang agak exclusive tetapi privasi antara keluarga terjaga rapi. Seperti photoshoot konvo session yang lain, client akan dimaklumkan tentang pose pose menarik, flow shoot dan sebagainya.

Boleh cuba tengok foto foto di bawah.

photoshoot konvo

photoshoot konvo

Photoshoot Produk

Bagi seorang pemilik perniagaan pula, sangat penting mereka menjalani sesi photoshoot. Jika kita tak sentiasa update bisnes kita dengan set fotografi baru, percayalah pesaing kita akan buat.

Ini adalah Photography “Setup” untuk bisnes yang boleh dicuba :

Photoshoot Katalog

Jika anda ingin membangunkan website, amatlah disyorkan untuk photoshoot katalog. Jangan risau, kosnya agak minimal tetapi foto boleh diguna banyak kali oleh grafik designer anda sendiri.

Ini contoh foto katalog yang diuruskan oleh kami untuk syarikat international.

 

photoshoot fashion

 

photoshoot fashion

Photoshoot Conceptual

Bagi pemilik bisnes fashion line, ramai yang ingin foto yang tampak lain dari brand fashion lain. Kami cadangkan anda cuba custom photoshoot concept dimana anda theme photoshoot pada hari itu direka khas hanya untuk anda.

Ada beberapa perkara yang studio perlukan untuk photoshoot concept iaitu :

  1. Perlu berbincang tentang tema yang diperlukan
  2. Minta idea dari photographer supaya tidak berlaku salah faham
  3. Jika perlu tambahan props boleh usulkan pada studio.

Kami berikan anda contoh phtotoshoot.

photoshoot concept

Bayangkan berapa ramai akan tertarik dengan foto anda jika gambar yang dihasilkan mempunyai konsep yang menarik seperti ini.Untuk model dan make-up artist, anda tidak perlu risau kerana studio biasanya mempunyai model & Mua yang attach dengan mereka. Bajiwoa Studio pula mempunyai senarai talent lebih dari 80 orang dan rate mereka pula berbeza beza. Sama juga seperti MUA, Bajiwoa Studio mempunyai lebih dari 20 orang professional MUA yang anda boleh pilih.

Kebiasaannya setiap platform online ada kriterianya sendiri. Sebagai contoh jika di Zalora, ada spesifikasi khas untuk produk photoshoot. Jika di website sendiri, (4) angle pun sudah memadai. Pastikan sebelum anda upload di website, anda compress dahulu image supaya tidak terlalu besar hingga menggangu server untuk load. Atau jika menggunakan CMS WordPress amatlah kami sarankan supaya anda install plugin autocompress image iaitu SMUSH.

Photoshoot Flatlay

Biasa kita lihat brand besar decorate instagram mereka dengan cantik kan? Ya, majority dari brand ternama menggunakan konsep flatlay untuk meningkat branding awareness kepada pelawat media social mereka.

Perkara ini patutnya brand yang biasa seperti kita pun harus ikut kerana dengan konsep flatlay akan menampakkan brand anda premium dan exclusive. Menarik kan? Ini contoh foto yang kami shoot flatlay. Agak simple tapi nampak lebih emotional dan menarik berbanding tipikal foto di luar sana.

Ingat. Jika kita tak buat, pesaing kita akan buat !

Photoshoot Company Profile

Bayangkan anda mempunyai team atau board yang mantap, tiba tiba orang tidak tahu pun anda disebalik syarikat tersebut. Terkilan kan? Kami cadangkan photoshoot profile koperat untuk syarikat. Kebaikannya anda boleh menaikkan rapport dan social proof untuk pelanggan. Ini contoh foto corporate profile yang kami biasa kendalikan.

photoshoot korporat

Jadi jika berminat untuk mendapatkan quotation dari Bajiwoa Studio, silakan untuk whatsapp kami dan admin kami akan respon pertanyaan anda sepantas mungkin.

Kami minta maaf banyak banyak jika admin memjawab pertanyaan anda nanti dengan reply “Slot bulan ni dah habis” kerana kami cuma mengambil client foto 12 orang sahaja sebulan.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.