Profesional Studio Fotografi

Disini Tempatnya Untuk Menghasilkan Iklan Viral Sekitar Setia Alam

Sudah menjadi kebiasaan dan kesukaan orang ramai untuk lebih gemar untuk mencuba sesuatu yang baru dan sedang viral. Perkara ini dapat dilihat sendiri di Facebook dan Instagram dimana produk dengan persembahan yang unik lebih mendapat perhatian orang ramai. Terbaru, anda dapat lihat bagaimana sebuah video anak gadis di Kedah yang popular gaya layanannya sekaligus viral di media sosial dengan hanya menjual ‘teh ais’ sahaja.

Buat pemilik bisnes diluar sana, kami yakin anda juga pasti mahu dan dahagakan bisnes anda menjadi laris serta viral. Lebih-lebih lagi sekiranya anda yakin produk yang ditawarkan sangat baik namun kurang mendapat perhatian ramai. Sekiranya produk tersebut sudah mempunyai kualiti yang baik, kami yakin sesebuah produk tersebut bakal menjadi pilihan ramai. Bagi memberi pendedahan lanjut, kami akan berkongsi kepada anda bagaimana sesebuah iklan mampu viral serta bagaimana anda juga mampu menghasilkan iklan yang viral buat syarikat anda.

Mengapa pentingnya iklan viral?

Pernahkah anda menonton iklan diatas? Tahukah anda dengan hanya menjalan bisnes berasas ais krim, iklan ini berjaya menjadi viral bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia dan Amerika Syarikat. ‘Rahsia’ disebalik iklan viral ini adalah ideanya yang kreatif dan aneh. Lebih best, syarikat ini bukan sahaja terkenal dengan iklan viral ini, malah difahamkan penjualan ais krim ini semakin meningkat serta turut mengundang orang ramai yang belum pernah mencubanya mendapatkannya. Menarik bukan?

Kami faham, menjalankan iklan secara video ini merupakan modal yang besar. Sudahlah idea yang dikeluarkan perlu bernas dalam menarik perhatian penonton, penggunaan kelengkapan kamera dan lightning yang mencukupi antara yang diperlukan dalam mendapatkan kualiti yang terbaik. Buat anda yang berada sekitar Setia Alam, anda boleh melawat ke Bajiwoa Studio.

Mengapa Bajiwoa Studio?

Iklan Viral

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah yang membezakan studio Bajiwoa berbanding studio-studio yang lain dan berdekatan. Kami di Bajiwoa sentiasa beradaptasi dengan arus kemodenan dimana dapat dilihat kini trend iklan bervideo semakin mendapat pemilik bisnes dalam melonjakkan jualan. Oleh yang demikian, kami selaku yang berpengalaman dalam menjalankan iklan buat syarikat ini bakal membantu pemilik bisnes menghasilkan iklan yang memberi impak kepada jualan anda.

Selain itu, Bajiwoa Studio turut mempunyai juruvideo yang berpengalaman sekaligus bakal memudahkan founder atau model anda untuk menjayakan iklan viral dengan jayanya. Berbincang dari segi kelengkapan, anda tidak perlu risau kerana kami sudah mempunyai platform khas beserta prop dan kelengkapan kamera dalam menawarkan video yang berkualiti buat bisnes anda. Menarik bukan?

Lokasi Bajiwoa Studio

Untuk pengetahuan anda, Bajiwoa Studio terletak di kawasan pembangunan Setia Alam iaitu Level 3, No 21, Jalan Setia Perdana BD U13/BD, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor. Sekiranya anda dari Shah Alam atau Klang, studio kami cuma 20 minit dari anda.

Untuk pertanyaan lanjut atau untuk menempah slot di studio kami, anda boleh klik di sini untuk membuat tempahan melalui WhatsApp. Kami yakin anda juga mempunyai pertanyaan lanjut tentang bagaimana iklan video boleh dijalankan bukan? Anda juga boleh lawati studio kami yang bertempat di Setia Alam untuk pertanyaan lanjut ataupun survey terlebih dahulu portfolio hasil kerja kami sebelum memilih Bajiwoa Studio sebagai ‘rakan media’ di syarikat anda. Klik di sini untuk mengikuti laman Facebook kami. Kami yakin masalah kekeringan idea untuk melariskan serta melahirkan idea viral anda bakal selesai.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.