digital marketing

Bagaimana 9 Perkara Ini Mampu Mengubah Pandangan Anda Terhadap Kempen Pemasaran Digital

Pemasaran ini adalah nadi bagi sebuah perniagaan. Oleh sebab itu, ramai di kalangan kita tidak kisah untuk berbelanja lebih untuk pemasaran kerana kita faham hypothesis selalu digunapakai semakin banyak berbelanja untuk pemasaran, semakin berkembang jenama perniagaan kita.

Akan tetapi, selalu berlaku masalah dimana kita belanja banyak, hasilnya tidak seberapa. Berdasarkan pengalaman strategist kami yang selalu menguruskan kempen pemasaran bernilai 5-6 angka, ini perkara asas yang harus anda buat supaya wang dibelanjakan membuahkan hasil yang bagus.

#1 – Copywriting Yang Menarik

Menurut seorang pakar pemasaran dunia, kita mempunyai 7 saat sahaja untuk mempengaruhi pelanggan membaca tulisan kita seterusnya. Bermakna, hal yang penting di sini adalah copywriting.

Persoalan yang selalu timbul copywriting yang mana lebih bagus. Panjang atau pendek?

Jawapan kami bergantung kepada niche dan pelanggan anda sendiri. Ada sesetengah niche memerlukan copywriting yang panjang manakala ada yang perlukan copywriting yang pendek.

Untuk memudahkan anda, suka untuk kami berkongsi video mengenai copywriting dari Tuan Rahim Ibrahim, seorang digital marketer yang tidak asing lagi.

#2- Grafik Yang Wow

Grafik merupakan first impression orang terhadap brand kita. Sebagai contoh, jenama terkenal seperti H&M, Prada menggunakan grafik yang wow untuk menunjukkan eksklusiviti jenama mereka kepada pelanggan.

Walaubagaimanapun, ada sahaja sumber percuma untuk grafik seperti Canva, Freepik, Pexel yang boleh kita guna. Akan tetapi untuk masa depan, lebih baik kita hire seorang Grafik Designer yang bagus.

Pada masa yang sama, pemilik bisnes haruslah mengadakan photoshoot produk dan lebih baik bersama influencer. Yang pasti gambar tadi boleh guna banyak kali untuk grafik material.

#3- Video Yang Mantap

Chris Smith mengatakan dalam buku beliau, Conversion Code video merupakan trend dan bagus untuk pemasaran masa kini. Harus diketahui pula, untuk sebuah pembikinan video harus ada proses yang lama.

Pernahkah kita terfikir kenapa ada video yang nilainya RM1200 tetapi ada yang video nilainya RM12,000?

Ya. Kita biasa melihat outputnya sahaja. Dalam pembikinan video terdapat banyak perkara harus kita ketahui sebelum kita mengatakan, “Eh mahalnya video awak” kepada video production.

Setiap production akan memikirkan (3) perkara utama iaitu pre-production iaitu storyboard, skrip, talent casting dan lain lain. Kemudian, fasa production pula berlangsung dan post production iaitu editing.

Semuanya memakan masa dan kos demi kualiti yang terbaik. Bajet untuk sebuah video commercial biasanya RM5000 ke atas.

Jika bajet kita kecil, carilah freelance videographer yang boleh buat video yang baik pada harga bawah RM2k. Kalau itu pun dikira mahal, mungkin boleh cari kawan atau pelajar intership untuk harga yang lebih murah.

#4- Influencer Bersesuaian

Pada masa kini, influencer lebih memainkan peranan berbanding public figure yang lain. Bayangkan generasi Y lebih dekat dengan influencer dan suka mengidolakan dari segi pakaian, beauty skin routine dan lain lain. Di sinilah kesempatan kita menggunakan influencer sebagai front face brand kita.

Sebelum menggunakan servis mereka, sila semak engagement rate terlebih dahulu di sini. Kita haruslah berjaga jaga supaya tidak terkena dengan mereka yang menggunakan followers beli dan sebagainya.

#5- Audience Yang Betul

Bayangkan kita sedang mendaki bukit Broga, sampai di puncak ada orang jual air mineral, Rm3 bersamaan 3 kali ganda dari harga biasa. Adakah kita akan beli ?

Majoriti jawapan pastinya ya kerana haus di tekak sudah tidak tertahan lagi. Sama juga seperti pemasaran, hendaklah kita menjual kepada orang yang sepatutnya bukan pukul rata dengan harapan beroleh jualan.

Apa kata selepas ini, semak data analytic di Facebook & Google Analytic sebelum memulakan kempen. Mudahkan?

#6- Kenalpasti Channel Pemasaran

Setiap channel pemasaran ada kelebihannya tersendiri dan bergantung kepada objektif kempen anda. Kalau anda menjual pakej umrah dan haji sebagai contoh, sudah pastilah 3 channel pemasaran anda adalah Facebook, Google, Televisyen dan Surat Khabar. Kalau kita guna tiktok, sudah pasti peratusan untuk mendapat pelanggan yang sesuai itu rendah.

#7- Analisa Data Sebelum Dan Selepas Kempen

Sebelum menjalankan kempen. kita perlu faham beberapa metric. Yang saya selalu ambil berat ialah:

Cost Acquisition Customer

Lifetime Value

Dalam pemasaran pula, metric yang sangat dititikberatkan adalah:

Cost Per Lead

Conversion Rate

Retention Rate

Setelah kita mengetahui data data di atas, barulah kita berfikir untuk naikkan bajet atau membuat kempen yang baru.  Kita harus menganggap pengiklanan ini satu pelaburan dengan pulangan yang relevan.

#8- A/B Test

Split Test atau A/B Test biasa dilakukan untuk menvalidasikan data sesebuah kempen. Apa yang kita boleh cuba?

  • Website
  • Copywriting
  • Audience
  • Mobile Atau Desktop
  • Creative Material

#9- Simpan Database Anda Untuk Promosi Seterusnya

Menjual kepada pelanggan baru lebih sukar daripada menjual kepada pelanggan yang sedia ada. Adakalanya kos untuk mendapatkan lebih tinggi berbanding kita upsell, downselling kepada database sedia ada. Kebiasaannya dalam proses membina tribe ini, kita akan lakukan upsell, downselling dan crosselling kepada pelangan menggunakan email marketing.

Semoga artikel ini memberikan manfaat kepada anda semua. Kesimpulannya, membangunkan bisnes ini tidak susah dan tidaklah senang sama sekali. Semuanya menuntut pengorbanan.

Nota Kaki:

Artikel ini ditulis oleh partner kami di Bajiwoa Studio. Berpengalaman mengendalikan pemasaran digital lebih 12 syarikat yang berstatus korporate, dan portfolio pemasaran bagi startup yang sudah pun berjaya.

Jika tuan/puan merupakan pelanggan Bajiwoa Studio, beliau lah orang yang akan memberikan nasihat percuma berkenaan creative material (foto, video) untuk meningkat conversion rate perniagaan anda.

Buat Usahawan di kawasan Selangor atau Kuala Lumpur, Bajiwoa Studio menyediakan servis :

1) Photoshoot Produk/Fashion

2) Menyediakan Model Instafamous

Bajet Minimum: RM2000 (2-Hours Session)

3) Commercial Video Production

Bajet Minimum: RM3000 (Video Complete With Editing) with Guarantee 100k Audience Reach.

Maksudnya, kami akan uruskan semuanya untuk tuan puan.

Jika mempunyai keinginan dan kemampuan, boleh whatsapp wakil studio kami untuk temujanji atau anda boleh request portfolio atau company profil kami.

Hubungi wakil kami melalui whatsapp atau follow instagram Bajiwoa Studio.

Wakil kami akan respon sepantas mungkin.

Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.