3 Akaun Instagram Yang Kami Suka Untuk Jadikan Sumber Inspirasi

Memasuki tahun baru ini, kami yakin hampir semua pengguna media sosial mempunyai akaun Instagram. Bukan sahaja akaun Instagram, malah memiliki Facebook dan Twitter pada masa kini sudahpun menjadi seakan ‘kewajipan’ buat mereka yang gemar menggunakan telefon pintar mereka.

Umum tahu, Instagram merupakan wadah dimana anda berpeluang berkongsi gambar anda untuk diramkan kenangan serta dikongsi bersama orang ramai. Dalam pada itu, Instagram juga berjaya menjadi platform untuk orang ramai mencari sumber rezeki dengan membangunkan Instagram Store. Idea untuk membangunkan kedai atas talian di Instagram ini boleh dikatakan agak berjaya kerana laman ini dikunjungi oleh ribuan malah jutaan orang untuk melihat gambar yang dimuat naik.

Seringkali gambar yang dimuat naik dengan kemas dan teratur antara yang membuatkan para pengguna tertarik untuk mendapatkannya selain daripada harga yang berpatutan. Khas buat para pemilik produk atau yang memiliki syarikat diluar sana, pastinya anda ingin tahu Instagram bagaimanakah yang boleh diklasifikan sebagai profesional dan boleh dijadikan ‘role model’

1. Pudore

Sesuai dengan namanya yang classy, Pudore merupakan rangkaian syarikat yang menawarkan seleksi pakaian serta minyak wangi. Pada masa ini, Pudore lebih memfokuskan kepada minyak wangi berbanding pakaian. Meskipun menawarkan minyak wangi yang tidak mahu dihidu pengguna secara atas talian, syarikat ini masih mampu menarik perhatian orang ramai berdasarkan gaya penceritaan serta gambarnya yang menarik.

Susunan gambarnya yang sistematik dan menawarkan seleksi minyak wangi buat kaum lelaki dan juga wanita antara yang membuatkan Pudore menjadi akaun Instagram pilihan kami.

2. WardahBeauty

Wardah Beauty merupakan sebuah syarikat yang menawarkan produk penjagaan kulit serta dijamin status halalnya. Apa yang menarik mengenai akaun ini adalah gaya minimalis yang ditunjukkan pada setiap gambar dan feed membuat mata pengguna selesa untuk melihatnya.

Selain itu, setiap gambar turut disertakan dengan penerangan yang lengkap bermula dari set pencuci muka sehinggalah kepada rangkaian kosmetik yang lain. Sekiranya anda mahu kekal lama di dalam bisnes atas talian mengikuti jejak langkah Wardah Beauty antara yang kami cadangkan agar tampil lebih profesional.

3. Calaqisya

Jika anda mencari sumber inspirasi bagi Instagram yang menawarkan seleksi pakaian, Instagram Calaqisya antara yang kami cadangkan. Menariknya Instagram ini bukan sahaja mempamerkan keluaran terbaru pakaian keluaran mereka malah gaya fotografi yang unik antara yang membuatkan orang ramai tertarik.

Selain itu, Calaqisya boleh dikatakan antara pereka tekstil yang agak kreatif dalam menawarkan seleksi pakaian muslimah di negara kita. Tidak hairanlah pakaian daripada jenama ini sering menjadi rebutan para wanita di luar sana.

Berikut merupakan tiga akaun instagram yang boleh anda jadikan sumber inspirasi untuk meningkatkan jumlah jualan anda. Perkara penting yang perlu anda tekankan adalah jangan terlalu hardsell atau kelihatan terlalu mendesak menjual sebaliknya lebihkan kepada perkongsian tips yang membuatkan para pelanggan selesa untuk follow akaun Instagram kita.

Akaun instagram

Buat anda diluar sana yang bantu dalam menyusun kempen pemasaran di Instagram serta mahu mendapatkan gambar menarik untuk diiklankan, Bajiwoa Studio sedia membantu. Berbekalkan jurugambar profesional berpengalaman kami serta kelengkapan kamera yang lengkap di studio, kami akan brainstorm bersama-sama anda untuk melahirkan sebuah kempen iklan yang sesuai untuk dimasukkan di Instagram serta beberapa platform lain. Menarik bukan?

Anda boleh klik di sini untuk membuat sebarang tempahan studio.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.