[Checkout Di Instagram] Bagaimana 5 Tips Mudah Ini Membantu Lonjakkan Jualan Anda.

Feature Checkout merupakan salah satu sumber pendapatan Instagram. Di Amerika Syarikat, sesiapa yang menekan product tag di Instagram boleh melakukan terus pembelian tanpa meninggalkan applikasi tersebut.  Antara brand yang menggunakan fungsi tersebut adalah Adidas, Kylie Cosmetics, Warby Parker.

Akan tetapi, penjual akan dikenakan ‘selling fee’ untuk produk mereka. Manakala bagi pembeli, mereka boleh menggunakan Paypal, Visa Master sebagai pilihan pembayaran.

Di Malaysia, terdapat berita mengatakan fungsi Checkout di Instagram akan kunjung tiba tidak lama lagi. Memandangkan statistik menunjukkan 56% dari jumlah pengguna Internet di Malaysia (24juta orang) adalah pengguna Instagram, fungsi ini akan membantu peniaga dan pengguna untuk memudahkan transaksi mereka.

Sudah pasti kumpulan sasar kali ini adalah golongan muda yang berumur 20an-40tahun. Jika anda merupakan peniaga, ini adalah tips menarik dari kami hasil dari pengalaman menguruskan pelanggan dari golongan SME.

#1- Berbelanja Untuk Conceptual Photoshoot

Foto yang selalunya membawa jualan yang banyak pastinya conceptual photoshoot. Foto yang kita nampak di website itu adalah photoshoot katalog. Foto katalog sudah pastiny bosan dan lemau manakala foto conceptual membawa aura dan menarik perhatian kita.

Konsep yang menarik, photographer yang berpengalaman, model yang menawan merupakan kombinasi utama dalam conceptual photoshoot.

#2- Gunakan Influencer Yang Sesuai

Di zaman ini, kita lebih terikut-terikut dengan influencer. Apa yang influencer pakai, kita pun nak pakai. Influencer cantik, kita pun nak guna skin routine beliau. Di sinilah peluang untuk anda.

Gunakan influencer bagi mempromosi produk anda dan kalau boleh check sedikit latar belakang influencer takut takut followers beli di Seoclerk, guna akaun lain tukar nama dan sebagainya. Orang kita kan kreatif !

#3- Hias Instagram Anda Dengan Grafik

Feed instagram merupakan first impression pelanggan terhadap kita. Jika feed kita bosan, maka bosanlah mata pelanggan terhadap kita. Sudah menjadi lumrah, kita suka dan tertarik kepada hal hal yang cantik.

Selepas ini, mintalah Grafik Designer anda design secantiknya feed instagram supaya mampu kelihatan gah dan eksklusif di mata pelanggan.

#4- Penggunaan Hashtag & Insta-Story

Majoriti pelanggan melihat hashtag sebagai ‘search term’ dalam mencari produk yang mereka suka. Contohnya, jika kita mencari jubah di instagram, kita akan menaip hashtag #jubah terlebih dahulu. Kemudian kita akan mencari jubah yang sesuai dan terus message seller untuk info lanjut.

Untuk insta-story pula, fungsi ini lihat mampu reach lebih ramai pelanggan berbanding feed. Bayangkan pelanggan kita menonton story yang menarik, sudah pasti mereka akan berasa teruja. Pada masa yang sama, jika akaun bisnes ada sudah mempunyai lebih 10,000 pengikut, mereka boleh swipe-up dan akan dibawa ke website.

#5- Aktifkan IG TV

IG TV adalah fungsi yang agak baru dalam Instagram. Kebaikkannya adalah kita boleh mempromosikan video dalam bentuk yang menegak. Kini, IG TV sudah boleh ditayangkan di bahagian feed instagram.

Jika anda mempunyai konten yang mantap, atau video yang memukau, pasti fungsi IG TV ini wajib kita guna.

Semoga tips ini memberikan manfaat kepada usahawan semua. Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, silakan kongsikan kepada rakan rakan.

Nota Kaki: Buat Usahawan di kawasan Selangor atau Kuala Lumpur, Bajiwoa Studio menyediakan servis :

1) Photoshoot Produk/Fashion

2) Menyediakan Model Instafamous

Bajet Minimum: RM2000 (2-Hours Session)

3) Commercial Video Production

Bajet Minimum: RM3000 (Video Complete With Editing) with Guarantee 100k Audience Reach.

Maksudnya, kami akan uruskan semuanya untuk tuan puan. Jika anda mempunyai keinginan dan kemampuan, boleh whatsapp wakil studio kami untuk temu janji atau anda boleh request portfolio atau company profile kami.

Untuk melihat sample artwork boleh follow instagram Bajiwoa Studio.

Wakil kami akan respon sepantas mungkin.

Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FOLLOW ME

SOCIAL

Watch Our Video Or Contact Us Now

Scroll to Top